NUFFNANG

Showing posts with label jelajah. Show all posts
Showing posts with label jelajah. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

Pergi Kerja Lagi...

Ehhh kemahin kami kan.. asyik follow muntut ayah je pi keje hihihi. Nasib la Ayah sporting!
Sebenarnya hari tersebut en.Ayah cuti. Dah plan nak cari barang2, tup-tup en.Boss telefon suruh memenuhkan treler tu dengan sawit.. Nak tak nak en.Ayah terus offer ikut aje naik lori.. padahal kami dah bersiap pun nak keluar berjalan... Tak dapat cari barang jugak hari tu sebab balik dah malam.. Nak makan lagi.. huhuhuhu... kensel la rancangan membeli-belah.

Mok enterprem dulu lah ^_^
Tak puas hati, padahal haritu baru jadi kelindan en.Ayah :p


Haaaa bujang kecik dah mula...

Habis barang Ayah diusiknya.. ada je dia telek.

" Wah! Apa ni? empat segi la "

" Abg, meh la join kiter "
sambil tekan-tekan
Abang takmo join lerr

" Haaaaa kiter tangkap gambar dia! hahahaha "
say keju!

Abg?... leka tengok bajak dok angkut buah sawit masuk dalam treler


Tak lama tu, kawan2 en.Ayah beri pisang buat anak2 makan.. Mok pun makan jugak sebiji-dua.
Anak2 makan banyak.. Paling banyak yang suka makan pisang la.. siapa lagi kalau bukan dak Afiq tuh


Lomba siat kulit pisang hehehehee..

" Masuk ni dah 4 biji aku makan! hahahahaha "
Ajer muka kusyuk! fokus nak siat kulit pisang. Tak kasi mok bantu okeh.

Wah!
Nomm-nomm-nommm

Hemmmm lazat!

Ok aloh mok ni bantu tangkap gambo aje la..
Meh la makan mok ye..

Haaa tinggal ni je.. Abg Aqil makan juga 3 biji..
Yang pasti adik tukang perabihkan pisang ni heheheheee...
Murah rezeki anak-anak. Hari tu datang sini dapat telur itik. Ni dapat pisang pulak.


Dah-dah.. moh la kita balik.. Perut pun dah bagi vibrator dah ni hahahahaha...
Tak berkelip mato tu ketiga-tiga hero ku nih..


Tuesday, November 19, 2013

Monday, November 18, 2013

CCM : Bukit Fraser - Mercu Tanda

ChAaakkKK! hihi Ni namanya gambo syok sendiri =p


Bergambar di FH Clock Tower..
Berada di bulatan tengah-tengah jalan raya.. Kena berhati-hati sikit..
Aksi abg Aqil dan kakak Sarah. Afiq tamo join. Nak berkepit dengan mok je..

Kemain Sarah. Suruh Aqil tiru kakak dia pun tamo. Senyum-senyum aje dia.. 

Tadaaa... Kejap nampak selim, kejap nampak demok mok ni kan...
Mok memang suka pakai seluar besar ni. Yang ni seluar cotton slack. Kembo ku punya, dia dah tak muat katanya.. terus la ku pakai sebab muat... hahahaha... jangan membazir pakaian gitu kan.. Mentang2 EmakAbah nak pindah rumah ku hangkut segala benda yang mereka tamo hahahaha... aci tak ^_^


Uikkk tiger dengan org utan.. Lagi sekali, abg Aqil dan kakak Sarah je yang bergambo. Afiq takut! 
" Aqil tak takut? "
" Tak la. Aqil tak takut. Tu patung jer "
hihihihiiii...

Yang girls semua takde dalam gambar.. ehhh perasan girls ekk 
Kami duduk bawah teduhan pokok..
Belakang tu adalah taman bunga. Tak boleh petik ye. Nanti kena denda berapa RM tah kalau petik sekuntum.. Dalam RIBU jugak la uhuhhhuhuhuu... Tangan anak-anak kena jaga :)

Bunga yang sempat di snap.
Waktu ni masing2 dah nak kehabisan 'bateri' di badan..
Kami terus ke kereta untuk turun ke Kuala Lumpur, makan di Kuala Kubu Bharu dan terus balik ke rumah dengan selamatnya.. Alhamdulillah percutian yang seronok buat diriku yang bukan selalu dapat bercuti macam ni ^__^. Hari Selasa baru ku pulang ke pangkuan suami, ecehhhh... Rindu! Siapa tak rindu buah hati oii hihihiii.. Habis sudah cerita di FH ni... Terima kasih kerana membaca :)

Disamping nak ucap tahniah buat kesemua pelajar yang mengambil UPSR 2013 dan juga kakak Sarah Madihah yang dapat jadi pelajar perempuan terbaik pra-sekolah ^_^.


Tuesday, November 12, 2013

CCM : Bukit Fraser - Tempat - Hari kedua II

Hari ni lambat post entry.. jam dah tunjuk pukul 1434. Lambat sebab gi daftar Kemas abg Aqil :)

Sambung cerita ^__^

Selepas kami ke Kolam Ikan, kami terus menuju ke kebun FH ni. Bersebelahan aje dengan kolam ikan.. Jalan kaki je. Macam-macam tanaman ada. Sayuran, buahan, bungaan.. Jualan pun ada. Setoberi dapat tengok aje sebab dah habis! Yang banyak, sayur..

Kobis

Pokok apa?

Ubi bit ^__^

Tengok apa?
Daku tengah tengok pokok limau kasturi yang sangat tinggi! 

Tersusun. 
Nak beli, kita boleh pilih dan orang kebun akan petikkan.

Bunga pun ada

Keadaan dalam kawasan kebun.


Daun pudina pun ada


Emak, kaklong yang membeli. Daku tidak ler hihihiii. Itupun hanya beli keledek ungu. Balik rumah boleh rebus. Makan macam tu je sebab manis keledek ungu ni.

Selesai di kebun, kami terus ke tempat VIP.. yolah tu ekekeke.. Kami singgah di banglo mewah yang boleh disewa. Kebetulan waktu tu tiada penyewa, kami pulak yang singgah, saje buat2 ambil gambar kenangan ^_^. Tapi kat luar aje. Mana boleh masuk dalam..


Ditepi banglo.. Nampak bunga aje.. kembang-kembang pulak tu.
Emak, yok la bergambo dulu =p Nak sorok roti ditangan tak sempat! hahahaha

Nilah banglo yang kami singgah. Nampak kerusi kayu sebelah kanan tu..
Disitu tempat kami bersantai macam makan dilaman rumah sendiri ^_^

Berpiknik la kami disini dengan foodz yang tak habis lagi..
Nak sewa banglo ni, RM1200 satu malam kalau tak silap daku uhuuukk!! Sanggup? Sewa apartment boleh dapat 3biji! Ada balance lagi..
Tapi memalam ada 'tukang sondol' datang singgah sebab dekat dengan hutan dan tak dipagar rapi. Boleh nampak tanah-tanih bekas di sondol 'beliau' uhuhuhu.

Berselera ehh.. Udara segar dan sejuk.
Syok tau makan ramai-ramai camni..

Lepas ni kita ke mercu tanda FH

Monday, November 11, 2013

CCM : Bukit Fraser - Tempat - Hari kedua I

Hari Kedua lawatan sebelum kami pulang.

Suasana pagi.. Kabus yang agak tebal! Cantik sangat!
Oh! Jangan tak percaya, anak-anak la mandi paling awal sebab kena sogok mandi kat bath-tub hihihiii... Water heater kan ado! Berendam la mereka dengan gembira.. Macam biasa yang tamo keluar ialah adik Afiq! Bibir dah biru pun dia gedebush lagi uhuuuu... Suka betul dengan air.

Cantik kan.
Subhanallah!

Gambar kenangan..
Nampak kan kabus tebal tu..
Afiq & 'acu'


cucu perempuan one & only buat masa ini hihihiii
Tunggu next year!

Bergambar di bawah apartment @ tempat parking..


Kami bersiap pack pakaian masing-masing sebab kami akan ke The Paddock dan terus check-out. Bawa beg siap2 la tak perlu drive naik apartment semula. Sarapan pagi dengan telur setengah masak, Nasi lemak, mee goreng dan lain2 stok makanan yang kami bawa ^_^. 
Okey let's jom!
Kita ke The Paddock.. memenuhi tuntutan semalam yang tak kesampaian...


Sekeluarga
Pic taken by : sepupu
Adik Afiq bikin semua org tumpu ke dia!
Tak sertai : 2 keluarga ; kemboku dan adikku

Pemandangan disini pun cantik! Hijauuuuu aje

Bakal kehilangan status bujang...
Peace!
Abg aqil mmg larr style tak tengok kamera.

Excited nampak kuda!

 Jom jadi cowgirl
Kaklong & Sarah, 1st rider
Merasmikan majlis ihikk

Jom naik dik! mok nebesss tau
Hiyakkk!

Jom jalan..
Disamping tu, penjaga kuda bagi arahan apa yang kita perlu buat. Macam mana nak duduk dengan betul, pegang dimana dan macam2 lagi. Kalau tak tahu boleh tanya dia :) errr bayar pun kat dia juga. Naik dewasa+kanak2 = RM8. Dewasa=RM5, Kanak2=RM4 tak silap daku... :)


Huyeahhh! senyum nih tapi takut gak.. gerun pulak bila dah duduk atas kuda ni.
Duduk pulak tersenget sikit, nak adjust takut kuda tu terkojut ke, tak selesa ke terus lari uhuhuhuhuuu.. Sabar je lah. Afiq ni, dari naik sampai la ke garisan penamat mulutnya tak henti-henti bercakap hahaha... siap babai orang sekeliling. Kucing pun dia babai ^_^. Dah sudah, dia mau naik lagi! tapi mok tak sanggup! hahahahahaa.... gerun!

Kakak Sarah memang berani.. Kuda ni ok sikit. Kuda hitam yang mok naik tu agak pendengus sikit hahahaha... Siap jelir lidah kat kami lagi.. ;p

Tak sangka rupanya Aqil nak juga merasa naik kuda... Sebab memula dia macam takut2.. So naik dengan pak usu. Acu kata Aqil diam aje tak bersuara. Duduk pun tak gerak-gerak, statik aje hihihiii..
( ehhh aci gambo mok ngan afiq banyak ;p )

Okey dah sudah, walaupun yang lelain agak kecut sikit nak naik kuda tu kan... Kira ku ni berani jugak la hahahaha...
Moh la kita ke tempat lain pula.


Stesen berikutnya : Kolam ikan

Haaaa tu dia aksi melontar dari pak anjang ihikkk...
Ikan keli di sini, kepalanya lebih besar dari tapak tangan shima! Dok menganga aje nak mintak makan.. Makanan ikan RM1 siap bungkus..Bila makanan ikan dah habis kat tangan bebudak ni ngamuk tamo balik pulak.. Tak puas lagi tengok ikan.. Dah.. dah.. nak gi tempat lain pulok. Jangan lupa cuci tangan yerkk. 
Gambar kat kolam ikan tak banyak sebab kami seronok tengok ikan makan :)

Bersambung...








Lilypie - Personal pictureLilypie Breastfeeding tickers

Nota Kaki

10m (10) 2nd pregnant (19) 2tahun (1) 6m (1) 8 bulan (1) Aidiladha (1) Aktiviti (80) al-kisah (71) Alatan (1) Anak2 Ku Sayang (112) anniversary (1) Apa2 ajer (19) Artis (4) Baby learning (19) Babyfood (21) Barang Dapur (7) Basikal (2) BBQ (2) Beg (2) Berita (12) Berkebun (1) birthday (11) Biskut Raya (1) Bulan (1) Bunga Bola (1) Burasak (2) cek-Up (2) Ceritaku (42) Coklat Cake (1) Contest (32) Cookies (2) CreamPuff (1) DIY (7) Doa (2) Donut (1) Drama (1) Fakta Plus (20) Family (35) FM (1) Fraser's Hill (7) GA (2) Gambar (2) gambar edit (7) Gelagat (1) Geram (1) Gift (1) google plus (1) Gunting Rambut (1) Hadiah (8) Halba (1) Hantaran (1) Hobi (7) Holiday (10) Iklan (2) Ilmuan (32) Info sihat (18) islamic (16) jelajah (22) JJCM (8) Jus Bidadari (1) Kalendar (1) Kami (7) Ke Mana Kita? (13) kelambu (1) Kemalangan (11) Kenduri (14) Kerepek pisang (1) Kesihatan (6) Keychain (1) KL (5) Korean (1) kuiZ (33) Lawak (3) Lirik lagu (1) Lokasi (14) Lori (1) Luahan (12) Luka (1) Lukisan (2) M.afiQ (10) makan (32) menang (7) mistik (1) Muhasabah Diri (3) my jewel of heart (1) NewBorn (5) nyummmy (12) Oat (4) Pembelajaran (3) Pemberian (1) Pendapat (5) Pendapat. FB (14) Penyakit (2) Perkembangan Aqil (1) Pesawat (1) Picnic (2) Playground (1) Pomander Ball (1) PottyTrain (1) Produk (1) Promote (3) Puding Roti (1) Ragam aqil (18) Ramadhan (13) resepi (17) Ringkasan (3) Ronda-ronda (5) Rumah (3) Sahabat (5) Segmen (1) Sekolah (2) Seni (2) Sepupu (1) sticky entry (2) Sukan (1) Susu Ibu (8) Swimming (1) Syawal (11) t (1) Tafsir Quran (1) Tag (1) Takziah (1) Talasemia (1) Tambak Pontian (1) Tanaman (1) Tanjung Emas (1) Telur (2) Terima Kasih (1) Tofu (1) TQ (3) tutorial (3) UdangGalah (1) Wean-Off (1) wedding (4) Wira SE (2) Ww (14) Zoo Melaka (1)
" Siapapun di dunia ini tidak akan terlepas daripada kesusahan. Kesusahan yang pelbagai dan berbeza diuji kepada manusia yang pelbagai latar belakang. Namun, ujian yang pelbagai itu di uji oleh Pencipta ujian yang satu. Dialah yang mencipta ujian, Dia jugalah yang mencipta penyelesaian bagi ujian itu.

Tugas kita sebagai hamba adalah menghadapi ujian itu dengan hati yang besar dan berlapang dada s
erta fikiran yang bijak. Kita perlu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang ujian yang bakal berlaku. Ujian tetap akan berlaku meski kita berusaha untuk menolaknya, ianya tetap akan berlaku.

Hamba yang lupa dirinya sebagai hamba, tidak bersedia untuk menerima ujian. Dalam taatnya, dengan segera dia melatah mempersoalkan kewajaran dirinya diuji "

KITA SENTIASA LAYAK UNTUK DIUJI... KERANA KITA BERSTATUS HAMBA!!!
INGAT TUH!

Nurun Nubuwah

Ya Allah! Wahai tuhan kami yg memiliki kekuatan yg agung, yg memiliki kemahuan yg abadi dan yg memiliki wajah yg mulia dan sebagai pelindung kalimat-kalimatnya, serta pengkabul doa-doa, kecerdasan Hassan dan Hussien dari jiwa yg benar, pelindung indra mereka yg melihat serta indra jin dan manusia. Dan ketika orang-orang kafir akan menggelincirkan kamu dengan penglihatan sihir mereka tatkala mereka mendengar peringatan lalu mereka berkata-kata sesungguhnya ia adalah gila. Tiadalah itu semua melainkan sebagai peringatan bagi seluruh alam. Allah yg mengabulkan doa Luqmanul Hakim dan mewariskan Sulaiman bin Daud Alaihis-salam. Ya Allah yg maha pengasih, yg memiliki singgahsana yg agung. Panjangkanlahumurku dan sihatkanlah tubuh badanku, perkenankanlah hajatku, limpahkanlah hartaku dan anak-anakku, dan berikanlah rasa cinta semua manusia kepadaku, jauhkanlah permusuhan dan pertentangan dari diriku dari semua anak cucu Adam alaihis-salam. Allah yg hidup dan perkataan itu benar atas orang-prang kafir. Dan katalah telah datang kebenaran, dan telah lenyaplah kebatilan, kerana sesungguhnya kebatilan itu pasti akan lenyap, dan Kami telah turunkan Al-quran itu sebagai penyembuh dan rahmat untuk orang-orang yg beriman. Dan orang-orang yg zalim itu tidaklah mendapat sesuatu di dunia ini melainkan kerugian.